To Improve The Lives Of Vulnerable People By Mobilizing The Power Of Humanity


 
HomePortalCalendarFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Share | 
 

 Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Number of posts: 6
Registration date: 2007-05-09

PostSubject: Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia   Tue May 15, 2007 4:06 pm

Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Melaysia (PBSMM)


Disiplin
1. Setiap Pengawai adalah dikehendaki menjaga taraf kelakuan mereka pada setiap masa bersesuaian dengan jawatan mereka.
2. Setiap Pengawai hendaklah dengan sendirinya meneniti dan menentukan yang ahli bawahan mereka mematuhi segala peraturan, arahan dan undang- undang. Seseorang Pengawai itu tidak dibenarkan menyoal kepentingan atau keutamaan sesuatu arahan yang dikeluarkan secara umum atau dirinya sendiri oleh seseorang pengawai atasannya.
3. Setiap Pengawai adalah dengan sendirinya bertanggungjawab untuk menjaga kelakuannya dan sentiasa menjaga kedudukannya bersama dengan pengawai- pengawai atasan atau bawahannya. Beliau juga akan memerlukan daripada pengawai bawahannya tindak balas dan kecekapan melaksanakan tanggungjawab mereka seperti mana juga diperlukan daripada dirinya.
4. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengawai mengemukakan laporan rasmi kepada pengawai atasannya sekiranya ada diantara pengawai bawahannya yang kekurangan kecekapan atau daya usaha mereka. Sekiranya beliau gagal melaporkan kelemahan atau kekurangan daya usaha Pengawai dan ahli bawahannya atau pun apabila ada diantara mereka yang telah melakukan kesalahan, maka ianya juga adalah mencerminkan kelemahan diri pengawai itu sendiri.
5. Seseorang pengawai itu tidak boleh mengenepikan tugasnya disebabkan kepentingan dirinya sendiri dan berkelakuan seperti yang diketahui atau dijangka mengetahuinya boleh menimbulkan syak wasangka yang:-
a.Ia menyalahgunakan kepentingan peribadinya bertentangan dengan tugas- tugasnya.
b. Ia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan peribadinya.
c.Seseorang pengawai tidak dibenarkan berkelakuan yang boleh mencemarkan nama atau daya usahanya telah berkurangan.
d. Seseorang pengawai itu mestilah amanah dan tidak berkelakuan yang boleh menimbulkan syak wasangka terhadap kejujurannya.
e. Seseorang pengawai tidak boleh membawa atau cuba membawa pengaruh luar atau tekanan luar untuk menyokong atau mempengararuhi sesuatu tuntutan sama ada ianya tuntutan peribadi ataupun tuntutan daripada ahli- ahli lain di dalam persatuan.
f. Seseorang pengawai tidak boleh berkelakuan seperti mana yang boleh menimbulkan tindakan menderhaka.
6. Pemberhentian dan Penamatan Keahlian
a. Seseorang ahli boleh berhenti keahliannya dengan memberi notis bertulis kepada persatuan. Pemberhentian akan berkuatkuasa sebaik sahaja notis tersebut diterima oleh Persatuan.
b. Kelayakan untuk merayu. Seseorang ahli yang terlibat atau terkilan di atas keputusan yang dibuat dibawah arahan ini mengemukakan rayuan beliau secara bertulis di dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan dikeluarkan.
c. Kuasa mempertimbangkan dan lain- lain. Adalah budibicara Jawatankuasa Majlis Kebangsaan untuk mengkaji, meminda atau memansuhkan sebarang keputusan untuk membuang, menamatkan atau mengantung keahlian seseorang itu. Setelah ianya disahkan maka keputusan yang dibuat oleh Majlis Kebangsaan adalah muktamad.
Back to top Go down
View user profile http://pbsmserdang.big-forum.net
 

Peraturan- peraturan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Peraturan Di Forum ZAI
» PERATURAN FORUM
» PERATURAN UMUM CLAN ~=CAI=~
» Kuiz Bulan October
» 1ST ESCORT MALAYSIA KUALA LUMPUR RM120 ONLY

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
To Improve The Lives Of Vulnerable People By Mobilizing The Power Of Humanity :: Announcements :: Rules & Important Points-